Sunday, 10 April 2011

TIPS HIASAN DALAMAN : "FOCAL POINT"

Cuba create "focal point" di rumah anda.


Kadang-kadang kalau anda masuk ke dalam rumah, ada satu sudut yang anda terasa nyaman dan tenang memandangnya. Sudut itu di panggil "Focal point".Kalau bilik anda ada tingkap yang menghadap kearah taman kesayangan anda,dan anda selalu memandang ke arahnya itulah "focal point" anda.Ok,kalau anda tidak ada sudut itu tidak mengapa .


Disini ada sedikit tips untuk membentuk "focal point" anda. Anda boleh menambah perabot atau hiasan ini ke rumah anda.

1.Sebuah kabinet hiasan yang besar,so anda boleh letak koleksi keluarga anda di dalamnya.

2.Kabinet antik atau unik, warisan turun-temurun.

3.Sebuah meja kopi atau console yg boleh anda letakkan koleksi menarik anda di atasnya..

4. Apa kata anda letakkan sebuah cermin dinding yang besar.

5.Gantungkan gambar keluarga,koleksi,atau lukisan, payung atau topi di dinding rumah anda.

6.Letakkan sebuah rak terbuka yang besar so anda boleh susun macam-macam barang kesukaan seperti buku dan koleksi patung.


Sebab utama kita wujudkan "focal point" adalah sebagai daya penarik rumah anda. so saya pasti tetamu tak jemu-jemu merenung koleksi anda itu.selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment