Wednesday 9 May 2012

INTERIOR FINISHING

Assalamulaikum, Selamat sejahtera..Minggu ini saya akan membicarakan bagaimana nak hias dalaman rumah "interior furnishing" yang merupakan salah satu  elemen yang penting dalam sesebuah rekabentuk dalaman ini melibatkan gabungan beberapa elemen penting.

1. Wallpaper

Pelbagai jenis corak boleh didapati dipasaran. Penampilan sesebuah ruang akan lebih terserlah jika kita bijak memilih corak dengan konsep rekabentuk. Kehadiran wallpaper akan memberi perasaan gembira, redup, sempit, luas, benci, rindu dan sebagainya.

"Wallpaper yang mendamaikan"




 2. Cermin dinding

Salah satu lagi elemen dekorasi ialah cermin dinding. Ianya boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran samada kecil atau besar. Cermin dinding dapat menyerlahkan ruang, sebab itu lah jangan pandang remeh terhadap kemampuan cermin "the power of the frame mirror"

"Cermin dinding menjadikan ruang tampak luas"


3. Mural
Untuk gaya yang kontemporari penggunaan mural adalah tepat sekali kerana penggunaan mural yang sesuai dengan jiwa dan karekter  seperti bunga-bungaan, gunung-ganang, pemandangan dan sebagainya untuk disesuaikan dengan konsep ruang yang diinginkan.





4. Lantai
Dinding dah cantik, cermin dah dipasang, corak moral dikenalpasti. Namun kesemuanya tidak mendatangkan hasil yang sempurna sekiranya lantai tidak diberi perhatian. Dalam dunia dekorasi lantai memainkan peranan penting menyatukan keseluruhan elemen tersebut.

"lantai kayu tampak elegan dan penambah seri"

Oklah untuk setakat ini dahulu , kalau nak cerita memang tak habis. Di harap pembaca semua dapat memanfaatkannya. Terima kasih. Sampai berjumpa lagi dalam ruang lain.

KERJA MENAIKTARAF BILIK DOBI DI ASRAMA AKHLAK (L) KEMPAS, JOHOR BAHRU, JOHOR.















Monday 11 July 2011

DEKORASI HIASAN TAMAN (LANDSKAP)

Hiasan Taman atau lebih dikenali sebagai landskap merupakan satu aktiviti menarik disekitar kawasan kediaman. Taman ini adalah sebahagian daripada rumah kita dan selain didalam rumah taman merupakan kawasan yang sesuai untuk kita merehatkan minda dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Jadi hiasan taman yang menarik perlu untuk menarik mata memandang pada sesiapa yang datang bertandang di rumah kita.
Bunga-bunga atau pokok-pokok hiasan merupakan hiasan wajib yang perlu ada di dalam sesebuah hiasan taman. Pilihan bunga atau pokok hiasan ini juga penting mengikut tahap keluasan taman. Mengunakan bunga atau pokok hiasan bersaiz besar akan mengundang taman kelihatan semak samun. Jadi bunga atau pokok hiasan yg bersaiz kecil boleh digunakan. Jenis-jenis tumbuhan ini pula terpulang kepada citarasa anda.
Kebanyakan penghuni yang berminat menghias taman mereka tetapi tidak mempunyai cukup masa untuk menjaga bunga atau pokok hiasan ini, anda masih boleh merealisasikan impian dengan mengunakan batu-batu atau kolam buatan. Pengunaan arca-arca juga boleh diguna pakai untuk membuat taman hiasan anda kelihatan lebih menarik. Terdapat pelbagai arca hiasan taman di pasaran untuk disesuaikan pada hiasan taman anda. Air pancut dan air terjun buatan juga dapat menenangkan fikiran dengan mendengar bunyi air yang mengalir.

Menambah perabot untuk taman hiasan membuatkan anda lebih mudah untuk menikmati alam semula jadi, kehijauan dan ciri-ciri hiasan yang ada.Sama ada memilih set teras atau hanya satu bangku taman untuk duduk, berehat dan menikmati keindahan hiasan taman.
Jika anda ingin menikmati taman anda selepas matahari terbenam jangan lupa untuk mengunakan lampu khas untuk hiasan taman.  Anda boleh menikmati ruang luar hiasan taman anda walaupon pada waktu malam. Terdapat pelbagai pilihan pencahayaan untuk fungsi yang berbeza termasuk lampu pokok, lampu jalan, lampu spot dan lampu yang tinggi untuk mendapatkan penglihatan yang jelas ketika di waktu malam.


Jadi tidak salah anda membelanjakan sedikit wang dan waktu untuk mendapatkan ketenangan yang terbaik untuk anda dan juga keluarga.