Monday 11 July 2011

DEKORASI HIASAN DALAMAN

Keindahan dekorasi ruang dalaman sesebuah rumah menjadi impian setiap penghuninya. Sudah menjadi satu trend atau kemestian kepada penghuni rumah untuk mengubah atau mengdekorasikan ruangan dalaman bermula dari ruang tamu, ruang rehat, ruang dapur, bilik tidur serta bilik air. Gaya inggeris, traditional/klasik dan moden antara gaya-gaya hiasan dalaman yang sering dijadikan pilihan.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh setiap penghuni yang ingin mengdekorasikan kediaman mereka. Faktor bentuk rumah, keluasan ruangan yang hendak didekorasi serta bajet perbelanjaan antara faktor-faktor penting yg perlu diberi perhatian.   Warna juga merupakan satu elemen penting yang dapat mempengaruhi gaya dekorasi yang hendak ditampilkan serta secara tidak langsung menjadi terapi kepada penghuni. Warna-wana terang atau kontra dpt menimbulkan mood ceria kepada penghuni. Untuk mendapatkan mood yang tenang serta santai, warna-warna bersifat lembut digunakan. Pemilihan warna juga berbeza untuk setiap bahagian rumah. Sebagai contoh “gunakan warna-warna terang seperti merah pada bahagian ruang makan kerana warna bersifat seperti ini dapat meningkatkan selera makan”-Eric Leong.
Pengunaan warna yang salah boleh menimbulkan perasaan tekanan kepada penghuninya. Pemilihan perabot juga tidak perlu dipandang ringan. Ruang keluasan merupakan faktor penting yang perlu diambil kira sebelum pemilihan perabot dibuat. Menggunakan perabot bersaiz besar pada ruangan yang kecil akan menjadikan ruang menjadi sempit. Oleh itu pilihlah perabot yang bersaiz kecil atau sederhana kecil kerana ini akan membuat kan ruang yang sempit kelihatan luas.
Susun atur perabot juga perlu diberi perhatian kerana ia juga memainkan peranan dalam faktor keluasan sesuatu ruang itu. Pastikan juga susun atur yang dibuat tidak menghalang laluan yang digunakan untuk ke bahagian rumah yang lain.   Pengunaan aksesori dekor adalah penting bagi menimbulkan lagi hiasan dalaman di dalam rumah. Tetapi pemilihan aksesori dekor bersaiz kecil perlu diminimakan kerana ia boleh menyebabkan ruang kelihatan sedikit berserabut, ia juga senang menangkap habuk dan sukar dibersihkan. Pemilihan perlulah mempunyai ciri-ciri persamaan dengan konsep hiasan dalaman yang didekorasikan. Gunakan pewangi kediaman untuk menimbulkan lagi mood pada kediaman. Dengan hiasan dalaman yang menarik serta menenangkan akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan serta kenalan rapat yang datang bertandang.
Petikan dari Warisan Chanteq

No comments:

Post a Comment