Friday 8 April 2011

TIPS MENGURANGKAN ANGGARAN KOS UNTUK HIASAN DALAM RUMAH

1. Harga yang tepat.

Gunakan material yang tidak mahal dengan mewahnya dan gunakan material yang mahal sebaliknya.Gunakan fabrik kapas untuk slip cover dan table skirt dan fabrik yang agak berpatutan harganya untuk bantal-bantal dan langsir.so antara harga kain yg mahal dengan kos tempah jahit yang mahal pilihlah kos jahit yg mahal itu. sebab tukang jahit yang bagus boleh membuatkan langsir (contoh) anda yg dari kain murah nampak seperti hasil yang bernilai tinggi! Sebenarnya nilai langsir itu boleh di tambah keeleganannya dalam aspek jahitannya, rambu-rambanya.macam mana boleh jimat kan?

2. Decorative art.

Cuba buat karya anda sendiri , potong je gambar kat dalam majalah dan letakkan dinding sebagai hiasan. tetapi ia tidak semudah itu ye...gunakan daya kreativiti anda dalam membuat bingkainya. Tukarkan sebuah gambar biasa menjadi sebuah karya seni yang ulung. Benda murah pun dah nampak sophisticated..

3. Berjimat dengan fabrik.

Tak payah beli baru sekiranya apa yg ada sekarang masih bagus, cuma ubahsuai contoh nya.. tukarkan langsir lama anda kepada lapik meja makan. Naik tarafkan nilainya seperti yang saya cakap mula-mula tadi melalui kualiti jahitan dan aksesori tambahan. Gunakan apa yang ada. Kalau kerusi makan anda nampak usang pakailah slipcover so nampak lain sikit. Buatlah skirt pada meja anda tapi pastikan warna padan dengan dinding.

4. Faktor saiz dan ukuran.

Kalau nak beli perabot nak nampak mewah jangan beli banyak tapi beli sikit dan kalau boleh beli yg saiz besar. Fokuskan kepada bahagian 'focus point' maka anda tidak payahlah masukkan banyak elemen di dalam rumah.

5. Informasi

Pembeli yang bijak mesti ada pengetahuan yang banyak. Bayar sedikit untuk dapatkan khidmat nasihat pakar hiasan dalaman dapat menjimatkan wang kita untuk jangka masa panjang.

6. Cat rumah anda sendiri

Dapatkan buku panduan mengecat. Cuba beberapa cara mengecat.

7. Meningkatkan atau naik taraf perabot anda yang sedia ada.

Contoh, cat semula kabinet hiasan anda yang dulu berwarna hitam kepada putih, tentu nampak lain sikit.

Sebenarnya, banyak lagi cara nak berjimat dalam menghias. Gunakan imaginasi anda dan tukarkan bayangan anda menjadi realiti.

Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment